Home
 
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI PULAU PINANGTuesday, 2018-06-19, 6:53 AM



Welcome Guest | RSS
Home
Site menu

Section categories
File General [6]
Penyelia [23]
Pekeliling, Peraturan dan Akta [16]
Kursus dan Seminar [17]
Surat dan Arahan [44]
Mesyuarat dan Minit Mesyuarat [5]
Ketua Penyelia [0]

Our poll
Rate my site
Total of answers: 26

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Home » Files » File General

PANDUAN UNTUK PROGRAM SARINGAN KANSER KOLOREKTAL (BARAH USUS BESAR)
[ Download from this server (1.22 Mb) ] 2017-05-31, 9:05 AM

PANDUAN UNTUK PROGRAM
SARINGAN KANSER KOLOREKTAL (BARAH USUS BESAR)
1. PENGENALAN
Laporan kanser Globocan 2012(1) melaporkan kanser kolorektal merupakan kanser
ketiga paling kerap berlaku di kalangan lelaki (10%) dan kedua paling kerap di kalangan
wanita (9.2%) dari keseluruhan kes. Hampir 55% dari kes kolorektal kanser dikesan di
negar-negara membangun.
Menurut analisa awal National Cancer Registry Malaysia 2007-2011(2), secara
keseluruhan, kanser kolorektal merupakan kanser kedua paling kerap (13.3%) berlaku
di Malaysia selepas kanser payu dara. Insiden kanser kolorektal didapati meningkat
dengan peningkatan usia dan lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita.
Ia lebih banyak dilaporkan di kalangan bangsa Cina berbanding bangsa lain.
Jumlah kemasukan dan kematian akibat kanser kolorektal di hospital Kementerian
Kesihatan dilaporkan semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya, di mana
sebanyak 3,907 (9.7%) kemasukan dan 231 (8.1%) kematian dilaporkan pada tahun
2000 berbanding 8,154 (12.2%) kemasukan dan 370 (8.5%) kematian pada tahun
2013(3).
Risiko kanser kolorektal semakin meningkat dengan pertambahan umur. Laporan awal
NCR 2007-2011 mendapati dari keseluruhan kes kanser kolorektal yang dilaporkan,
sebanyak 81% kes kanser kolorektal dikesan berlaku pada usia 50 tahun keatas. Antara
faktor lain yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser kolorektal ialah
sejarah polip pada usus, penyakit radang usus seperti penyakit Crohn, atau mempunyai
sejarah keluarga terdekat yang mengidap kanser kolorektal. Kanser ini juga dikaitkan
dengan penyakit kencing manis, berat badan berlebihan dan cara hidup yang tidak
sihat seperti merokok, tidak aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang rendah serat
serta tinggi lemak.
Kanser kolorektal boleh dicegah (highly preventable) dan dirawat dengan efektif jika
dikesan pada peringkat awal. Ini boleh membawa kepada penurunan kadar kematian
akibat kanser kolorektal. Kanser kolorektal merupakan salah satu kanser yang boleh
dikesan awal melalui program saringan. Pada masa ini, masih banyak kes yang dikesan
lewat, di mana menurut analisa awal NCR 2007-2011(2), sebanyak 65 peratus kes
kanser kolorektal yang dilaporkan ke NCR hanya dikesan pada tahap 3 dan tahap 4.
Asia pacific consensus 2008(4) menyatakan program saringan kanser kolorektal di
negara barat berjaya menurunkan kadar kematian akibat kanser ini. Program saringan di
Amerika telah berjaya menurunkan kadar kematian kanser kolorektal sehingga 33%(5).
Terdapat beberapa negara di Asia yang telah memulakan program saringan kanser
kolorektal. Antaranya ialah Jepun, Australia dan Singapura yang telah memulakan
program masing-masing sejak tahun 1992, 2006 dan 2011.

Category: File General | Added by: Amir
Views: 141 | Downloads: 20 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Log In

Announcement !!!

Search


Copyright Penolong Pegawai Perubatan Negeri Pulau Pinang © 2018 (Bahan web ini khas utk PPP Penang...
Free website builderuCoz